Issey, Shahrol (Shiro) muka baharu Suria Fm

Posted on

Gabungan baharu antara Issey (kiri), Shahrol dan Fizi Ali.

PELAWAK Shahrol (Shiro) dan bekas penyampai Hot Fm, Issey Fazlisham diumum sebagai penyampai baharu segmen Team Suria Pagi bermula Isnin.

Pengurus Kanan Program Suria, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin berkata, gabungan tiga jejaka ini merupakan formula baharu bagi menarik jumlah pendengar Suria menerusi radio dan dalam talian.

“Keputusan menggabungkan Fizi, Shahrol dan Issey dibuat setelah mendengar dan menilai keserasian mereka ketika membuat demo ke udara.

“Kami di Suria mengharapkan agar gabungan ini akan memeriahkan suasana pagi pendengar dengan kepetahan dan telatah mereka disamping kandungan program yang lebih menarik dan interaktif,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.

Issey (kiri) dan Shahrol menceriakan pagi di Suria FM bersama Fizi Ali.

Shahrol dan Issey bakal bergandingan dengan Fizi Ali yang akan bersiaran bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Untuk rekod, Shahrol pernah menyertai Suria pada Julai 2017 namun mengambil keputusan tidak menyambung kontrak pada Oktober 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *