Issey tak buat salah, tinggal cara baik

Posted on

Issey ceriakan segmen pagi Team Pagi Suria.

PENYAMPAI baharu Team Pagi Suria iaitu Issey Fazlisham memberitahu keputusannya untuk tamatkan kontrak lebih awal dengan stesen radio Hot FM dilakukan secara baik.

Issey, 31, berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan masih mempunyai hubungan baik dengan stesen radio tersebut.

“Saya pilih untuk tamatkan kontrak lebih awal dengan stesen radio sebelum ini dan ketika itu saya fikir untuk memberi komitmen kepada kerjaya seni.

“Dalam pada tempoh itu saya terima tawaran daripada Suria FM dan masa siaran yang sangat sesuai iaitu sebelah pagi, jadi saya ada masa banyak untuk melakukan kerja lain sebelah petang,” ujarnya kepada mStar Online.

Fizi, Shahrol dan Issey wajah baharu Team Pagi Suria

Issey bergandingan dengan Shahrol (Shiro) dan Fizi Ali yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi.

Dalam pada itu, Issey berkata, dia juga ingin memberi perhatian terhadap perniagaan makanannya iaitu JMT Kafe yang terletak di Segambut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *