Isteri akan kagum kalau baca ucapan hari lahir daripada Fattah buat Fazura

Posted on

Fattah berasa bertuah memiliki Fazura sebagai isterinya.

SEMPENA ulang tahun kelahiran pelakon Nur Fazura ke 35 tahun yang diraikan pada Khamis, suaminya Fattah Amin memberi ucapan istimewa buat isterinya tersayang.

Fattah, 28, berkata dia berasa bertuah kerana memiliki Fazura sebagai suri hidupnya dan menganggap wanita itu adalah anugerah terbaik daripada Allah.

Menurut Fattah, isterinya itu juga telah membawa kebahagian serta kegembiraan dalam hidup mereka.

“Selamat hari lahir kepada isteri @missfazura. Awak adalah anugerah terbaik dari Allah. Saya akan sentiasa berasa bertuah memiliki awak sebagai isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura ke New York, Fattah Amin sambut hari lahir bawah pokok


Ucapan romantik dari Fattah untuk isterinya.

“Awak membawa kebahagian dan kegembiraan kepada saya. Tiada seorang lelaki pun boleh minta isteri yang lebih baik daripada awak. Ratu di hati saya.

“Awak sentiasa penuh dengan aura positif dan mempunyai hati yang baik juga selalu menyokong, baik hati bukan saja pada saya tapi semua orang,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terakhir ini mendoakan segala impian isterinya itu menjadi nyata.

“Awak sentiasa menghormati saya dan sentiasa melayan keluarga saya seperti keluarga awak. Insya-Allah saya akan sentiasa mendoakan kita setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *