Isteri hamil anak ketiga, Nabil harap dapat anak lelaki pula!

Posted on

Nabil dan isteri berharap timang cahaya mata lelaki. Foto Instagram: @nabilzira

PELAWAK Nabil Ahmad mengakui teruja apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira disahkan hamil anak ketiga yang kini kandungannya berusia lima minggu.

Menurut Nabil, 34, dia dan isteri sudah merancang untuk menambah zuriat selepas anak keduanya berusia tiga tahun.

“Alhamdulillah, semalam doktor sahkan isteri saya hamil lima minggu.

“Saya dengan isteri memang rancang untuk tambah anak ketiga selepas anak kedua cukup tiga tahun,” katanya kepada mStar Online.

Nabil berkongsi berita gembira di Instagram pada Isnin.

Nabil dan Zira berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Sementara itu, Nabil dan isteri turut mengharapkan agar mereka dikurniakan cahaya mata lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *