Isteri kedua Ashraf Muslim lahirkan bayi perempuan

Posted on

Ashraf berharap kehadiran bayinya dapat membawa ukhwah mereka sekeluarga bertambah erat.

ISTERI kedua pelakon Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang, Isnin.

Ashraf, 36, turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai itu.

“Assalammulaikum semua. Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini.

“Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang semalam. Terima kasih ibu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Muslim teringin jadi OKU


Isteri kedua Ashraf selamat lahirkan bayi perempuan.

Ashraf berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto keluarga bersama bayinya di laman Instagram pada Selasa.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut mengucapkan tahniah buat Ashraf sekeluarga dan mendoakan bayi serta isterinya dalam keadaan baik.

Tambah Ashraf lagi, dia berharap kehadiran anak perempuannya itu membawa ukhwah mereka sekeluarga bertambah erat.

Malah, dia mendoakan agar bayinya menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yang penyayang seperti anak-anaknya yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *