Isu peluk Zarina bikin Ismail tak tenang, sukar tidur malam

Posted on

Penyanyi Ismail Izzani mengakui emosinya terganggu ekoran kontroversi melibatkannya baru-baru ini.

PENYANYI Ismail Izzani mengakui emosinya terganggu gara-gara penyebaran foto memperlihatkan dia seakan-akan sedang memeluk aktres Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Ismail, 18, berkata kontroversi tersebut membuatkan dia mengalami kesukaran untuk tidur malam dan hidupnya tidak tenteram memikirkan isu itu.

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.

“Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam,” katanya kepada mStar Online.

Ismail ditemui semasa rakaman konsert Debaran Bintang Kecil RTM yang diadakan di MyTown Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN : Kongsi gambar mesra, Fathia Latiff ‘kantoikan’ Ismail Izzani dan Zarina Anjoulie

ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar foto berpeluk, Ismail Izzani kesal dan mohon maaf

Foto Ismail dan Zarina dipercayai di sebuah kelab malam tersebar baru-baru ini.

Kontroversi itu menjadi perbualan hangat netizen selepas aktres Fathia Latiff berkongsi di laman Instagram miliknya namun ia dipadamkan tidak lama kemudian.

Sementara itu, anak kepada penyanyi era 1980an iaitu Datin Suliza Salam ini mengakui telah mengecewakan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Ismail menganggap kejadian yang telah berlaku itu sebagai pengajaran yang cukup berguna untuk dirinya, tambahan pula dia merupakan selebriti muda yang masih jauh perjalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *