“It's a boy!” – Mia Ahmad selamat bersalin anak sulung

Posted on

Mia Ahmad kini bergelar ibu. Foto Instagram @mia.ahm4d

PELAKON Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi di laman Instagram.

“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.

Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata itu.

Izham berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

“Tahniah… Alhamdulillah lahirnya seorang putera di hari yang cukup mulia ini. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah,” komen Fiezah Osman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *