"Jangan fitnah!… kekasih saya bukan suami Sharifah Sakinah"

Posted on

Wanita ini nafi ada hubungan dengan suami Sharifah Sakinah.

SEORANG wanita tampil menjelaskan bahawa teman lelakinya bukanlah suami kepada aktres Sharifah Sakinah seperti yang dituduh netizen pada Jumaat.

Wanita yang menggunakan nama Memey itu berkata, salah faham timbul mungkin kerana dia tidak pernah memuat naik foto sebenar wajah kekasihnya yang dikatakan sama seperti suami pelakon berkenaan.

“Bila benda ini sudah viral makin teruk dan kawan-kawan serta keluarga pun dah nasihatkan, jadi saya terpaksa muat naik gambar my boyfriend.

“Dan ya, teman lelaki saya bukan suami dia (Sharifah Sakinah) atau suami siapa-siapa, bukan tunang atau kekasih siapa-siapa. Saya tidak tahu macam mana orang boleh kata sama,” katanya.

Sharifah Sakinah pada Jumaat memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong berambus” – Itu jawapan Sharifah Sakinah

Wanita tersebut membuat penjelasan itu di laman IG pada Sabtu.

Pelakon berkenaan turut memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

Dia juga memuat naik wajah wanita bersama seorang lelaki yang dihantar oleh netizen kepadanya.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *