Jangan tanya asal-usul anak angkat, mereka tak berdosa -Abby Abadi

Posted on

PELAKON Abby Abadi meminta mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak membangkitkan status asal-usul mereka sebelum dilahirkan.

Abby berkata, soal itu tidak penting kerana bayi yang dilahirkan tidak berdosa dan menjadi tanggungjawab penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka.

“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masalah dalam dunia ini… tak terulis di sini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya… Wallahuallam,” tulisnya.

Abby mendedahkan dia mengambil seorang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh pada Jun lalu.

Sebulan kemudian Abby sekali lagi diberikan rezeki anak apabila dia mengambil seorang bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia.

Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

Dalam pada itu, Abby menyeru kepada wanita yang sedang hamil tetapi tidak berkemampuan menjaga bayi mereka agar mencari Abby daripada mengambil jalan melakukan perkara tidab baik kepada bayi masing-masing bagi mengelak masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *