Janna Nick akan kahwin selepas miliki banglo RM12 juta

Posted on

Janna Nick idam rumah mewah berharga RM12 juta.

PELAKON Janna Nick mendedahkan hasratnya untuk memiliki sebuah rumah banglo berharga RM12 juta.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 22, menerusi posting di Twitter berkata, dia hanya akan berkahwin selepas membeli kediaman tersebut.

“Dapat rumah ini baru boleh kahwin…” tulisnya.

Rumah idaman Janna Nick

Foto kediaman yang dimuat naik pelakon drama Humairah itu terletak di Langgak Tunku, Bukit Tunku itu berkeluasan 9,000 kaki persegi.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya memuji matlamat pelakon berkenaan untuk terus berusaha mencapai impian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *