Janna Nick terus ‘diserang’ gara-gara servis ucapan RM50

Posted on

Janna Nick dikecam gara-gara menyediakan perkhidmatan menyampaikan ucapan hari lahir dengan bayaran RM50. Foto Instagram: @jannanick

NAMPAKNYA pelakon Janna Nick terus diserang netizen selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Malah, posting terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang ternyata kurang senang dengan cara perniagaan itu.

Ada pengikut yang mempersoalkan kewajaran Janna menjalankan perkhidmatan tersebut kerana dia dilihat seolah-olah mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai Janna Nick buat duit, caj RM50 servis ucapan untuk peminat

Ruangan komen di Instagram dihujani kritikan netizen.

“Pertama kali artis Malaysia buat servis macam ni, RM50 untuk ucapan, aku rasa macam kejam sangat.

“Fuh, mahalnya ucapan untuk hari jadi sampai RM50, cekik darah ke apa?

“Dah boleh tukar nama tu daripada Janna Nick kepada Janna pendapatan! Mahal sangat,” komen netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *