Jennifer Lopez fokus bentuk otot lengan

Posted on

JLo menggemari latihan membentuk otot lengan. Foto Instagram @jlo

PELAKON Jennifer Lopez berkongsi rahsia mengekalkan bentuk tubuh yang langsing dan kekal fit.

Menurut laporan UsWeekly, Jennifer atau JLo mendedahkan dia melakukan latihan dan senaman empat kali seminggu.

Dia turut memberitahu mempunyai beberapa orang jurulatih peribadi yang akan membantunya di gim dan mengupah seorang jurulatih yang memberi fokus kepada latihan lengan.

JLo juga mendedahkan dia kerap mempelbagaikan latihan tubuh dan disebabkan itu dia memerlukan beberapa orang jurulatih peribadi.

Antara bahagian yang digemari oleh JLo ialah latihan bagi membentuk otot lengan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *