Johan beli mesin video, Ozlynn rasa nak penerajang

Posted on

Ozlynn terkejut apabila suaminya, Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin arcade.

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video arked mengundang kemarahan isterinya, Ozlynn.

Menerusi perkongsian video di InstaStory, Ozlynn merakam Johan bersama seorang lelaki yang sedang mengangkat mesin permainan itu untuk diletakkan dalam bilik hiburan di rumah mereka.

Dalam video itu juga, Ozylnn sempat membebel selain mempersoalkan tindakan suaminya membeli mesin itu sambil menunjukkan keadaan sekeliling bilik berkenaan yang turut dilengkapi dengan televisyen dan komputer.

“Dia buat apa wei? Dia beli ‘menatang’ apa pulak? Astaghfirullah al-Azim. Tak cukup ke dengan apa yang ada?” katanya dalam video itu.

Minat Johan terhadap permainan video bukan satu rahsia malah sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video tentang hobi suaminya itu di Instagram.

Johan memang meminati permainan video.

Johan juga pernah memberitahu dia lebih senang berada di rumah bermain permainan video daripada meluangkan masa di luar sekiranya mempunyai waktu lapang.

Dalam pada itu, Ozlynn menerusi kapsyen pada gambar itu secara bergurau ingin menendang penjual mesin video arked tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *