Justin Bieber mohon jadi rakyat Amerika Syarikat

Posted on

Justin Bieber membuat permohonan untuk menjadi rakyat Amerika Syarikat.

SELEPAS dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan secara rahsia, penyanyi terkenal Justin Bieber dikatakan sedang membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat.

People melaporkan Justin, 24, yang berasal dari Ontario, Kanada itu mula menetap di Atlanta, Amerika Syarikat sejak dia berusia 13 tahun bersama keluarganya.

Dia kini sering berulang-alik di antara Los Angeles, New York dan Kanada di mana dia mempunyai sebuah rumah agam bernilai AS$5 juta (RM20 juta) di sana.

Penyanyi lagu Baby mencipta nama dan meraih pendapatan lumayan sebagai penyanyi sejak tahun 2007.

Bagi membolehkan dia mendapat kerakyatan itu, Justin perlu melalui melepasi lima syarat permohonan termasuk boleh menulis, membaca dan bercakap bahasa Inggeris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *