Justin Bieber prihatin keadaan Demi Lovato

Posted on

PENYANYI Justin Bieber meluahkan rasa prihatin ketika ditanya paparazi berkaitan keadaan yang dialami rakan baiknya Demi Lovato.

Justin berkata, dia terkejut dan sedih dengan berita berkenaan, namun dia belum sempat menghubungi penyanyi itu.

“Saya sangat sedih dan bimbang ketika mengetahui berita itu. Saya belum lagi sempat menghubunginya tapi sentiasa mendoakan dia dan keluarganya berada dalam keadaan baik,” ujar Justin seperti dipetik Dailymail.

Justin berkata, dia juga tidak menyangka penyanyi wanita itu kembali terjerumus mengambil barang terlarang itu.

Demi Lovato ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan di kediamannya di Hollywood Hill pada Selasa lalu.

Penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat bantuan kecemasan daripada seorang kawannya sebelum diselamatkan pasukan perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *