Justin Timberlake tampil mempertahankan Pink

Posted on

Justin berharap Pink cepat sembuh.

PENYANYI terkenal, Justin Timberlake tampil mempertahankan rakan baiknya, Pink yang terpaksa menundakan konsert yang sepatutnya berlangsung di Sydney.

Menurut Justin, Pink tidak sewenangnya membatalkan sesuatu tanpa sebab memandangkan penyanyi wanita itu seorang yang kerja kuat dan berbakat besar.

“Maaf, saya terpaksa masuk campur. Awak semua tidak akan jumpa lagi orang yang bekerja keras dan berbakat besar seperti Pink.

“Dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat peminatnya. Dan sekarang dia sedang menjalani rawatan untuk kesihatannya.

Justin meninggalkan komen yang panjang di ruang komen Instagram Pink.

“Semoga Pink diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh,” tulis Justin menerusi ruang komen Instagram Pink.

Sebelum ini, Pink membuat pengumuman terpaksa membatalkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *