Kaer tinggalkan kerjaya pereka hiasan dalaman untuk menyanyi semula

Posted on

Kaer memberitahu meninggalkan kariernya sebagai pereka hiasan dalaman bagi memberi tumpuan kepada nyanyian.

PENYANYI Kaer Azami memberitahu dia sanggup meninggalkan kariernya sebagai pereka hiasan dalaman yang diceburinya sejak lapan tahun lalu bagi memberi tumpuan kepada dunia seni.

Kaer, 33, berkata, walaupun sukar membuat keputusan itu namun dia nekad kerana cintanya terhadap bidang muzik tidak pernah pudar walaupun sudah lama menyepi.

“Lapan tahun saya kerja sebagai pereka hiasan dalaman dan kemunculan single bersama Amylea berjudul Tak Pernah Hilang kembali membuka jalan kepada saya dalam bidang muzik.

“Walaupun sukar juga membuat keputusan itu tetapi saya tidak menyesal sebab muzik adalah cinta dan jiwa saya.

“Saya mengambil keputusan berhenti pun kerana ingin fokus seratus peratus kepada nyanyian,” katanya.

Duet bersama Amylea melonjakkan kembali nama Kaer.

Dalam pada itu, Kaer tidak menafikan populariti lagu Tak Pernah Hilang menjadi pendorong kepadanya untuk kembali bersemangat merancakkan kembali karier seninya.

Malah kata bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu, dorongan daripada rakan-rakan industri termasuk rakan duetnya, Amylea membuatkan dia lebih yakin dengan keputusannya.

“Ini saya namakan rezeki… Alhamdulillah lagu itu sedikit sebanyak berjaya melonjakkan kembali nama saya dan itu adalah peluang yang perlu saya gunakan sebaik-baiknya.

“Sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan juga membuatkan saya lebih yakin kerana jujurnya saya takut juga kerana zaman sudah banyak berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *