Kafe milik G-Dragon kaut untung RM56,000 sehari!

Posted on

Kafe milik penyanyi G-Dragon mengaut keuntungan sebanyak RM56,000 sehari sejak ia dibuka pada Mac tahun lalu.

TINDAKAN penyanyi G-Dragon membuka sebuah kafe di Pulau Jeju, Korea Selatan sejak setahun lalu nampaknya membuahkan hasil cukup positif.

Mana tidaknya, kafe yang diberi nama Untitled, 2017 itu dilaporkan mengaut keuntungan AS$14,000 (RM56,000) setiap hari.

Terletak di YG Republique di Jeju Shinhwa World, kafe itu bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan penduduk tempatan malah pelancong dari seluruh dunia.

Malah peminat penyanyi itu turut menyumbang kepada populariti kafe yang menghebahkan mengenainya di laman sosial sehingga ia menjadi tempat wajib dikunjungi ketika bercuti di pulau peranginan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *