Kaka Azraff ‘Sibuk’… tidak tertekan

Posted on

Kaka Azraff tampil dengan single keenamnya yang berjudul Sibuk menampilkan Alif. Foto AZLINA ABDULLAH

PENYANYI Kaka Azraff memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan status dirinya yang masih solo walaupun usianya sudah menjengah 29 tahun.

Ini kerana kata Kaka, kesibukan dengan karier seninya membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk berfikir soal pasangan hidup buat masa ini.

“Sudah hampir dua tahun saya bersendiri, sejujurnya saya tidak tertekan dengan keadaan itu kerana saya sendiri sibuk dengan kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon.

“Sebenarnya saya suka sibukkan diri kerana dengan cara itu saya tidak berasa kosong kerana sentiasa ada perkara yang perlu dilakukan,” katanya.

Kaka kini turut bergiat aktif sebagai pelakon. 

Kaka ditemui pada majlis pelancaran single keenamnya berjudul Sibuk yang turut menampilkan Alif yang diadakan pada Rabu.

Bagaimanapun kata Kaka, itu bukan bererti dia tidak mengambil berat mengenai soal jodoh malah memberitahu pernah cuba memulakan hubungan namun ia tidak kesampaian.

“Kalau ada kekasih atau ingin berkahwin mesti saya berkongsi berita itu dengan semua namun setakat ini memang tidak ada.

“Berkawan itu ada tetapi sekadar itu sahaja atau hubungan itu tidak menjadi. Insya-Allah ada nanti rezeki saya,” jelasnya.

Kaka selesa bekerjasama dengan Alif. 

Bercakap mengenai Sibuk, Kaka berkata, lagu itu sebenarnya milik Alif namun tertarik apabila diperdengarkan versi demo yang sudah pun dirakamkan oleh bekas anggota kumpulan Sleeq itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *