"Kalau beli undi, baik mereka tidur sahaja" – Wany Hasrita

Posted on

Wany tegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi untuk menang anugerah utama ABPBH31.

PUTRAJAYA: Penyanyi Wany Hasrita menegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi semata-mata untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH31.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia melihat sendiri usaha keras peminatnya yang mengundi setiap sejam tanpa tidur.

“Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.

“Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan besar buat Wany Hasrita diumumkan Bintang Paling Popular ABPBH31


Wany bawa pulang dua trofi utama ABPBH31. Foto: FAIHAN GHANI.

“Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur,” katanya kepada mStar Online.

Wany ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *