Kalung nama Zayn bukti cinta Gigi Hadid

Posted on

SELEPAS dilaporkan putus cinta pada Mac lalu, penyanyi Zayn Malik dan model terkenal Gigi Hadid dikhabarkan kembali bercinta semula.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti ini bersepakat untuk merahsiakan hubungan tersebut bagi menjaga privasi lebih ketat daripada sebelum ini.

Tidak mahu mempamerkan kemesraan secara terbuka, kedua-dua mereka dirakam muncul berjalan bersama di bandar New York pada Isnin.

Namun, apabila menyedari kehadiran kamera paparazi untuk mengambil foto mereka, Gigi dan Zayn memutuskan untuk berlari ke kereta.

Mereka juga tidak menghiraukan tindakan beberapa media yang cuba memanggil serta melontarkan pertanyaan kepada mereka.

Dalam pada itu, kamera paparazi berjaya merakam foto rantai yang dipakai Gigi dengan huruf nama Zayn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *