Kasut tumit tinggi perkahwinan pertama antara koleksi dijual Yatt Hamzah

Posted on

Yatt buat keputusan untuk jual kasut tinggi miliknya.

PELAKON dan pengacara Yatt Hamzah memberitahu salah satu koleksi kasut-kasut tinggi yang ingin dilepaskannya ialah kasut yang digunakan ketika akad nikah perkahwinan pertamanya pada tahun 2009.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 38, berkata, ia adalah kasut yang mempunyai kenangan tersendiri dan paling disayangi.

“Ada puluhan kasut tinggi yang saya mahu saya lepaskan. Ada yang saya beri pada saudara yang mahu dan selebihnya saya jual kepada yang berminat.

“Semua kasut itu ada kenangan tersendiri salah satu kasut masa saya nikah dulu pada perkahwinan pertama. Saya sayang sangat kasut tu,” ujarnya kepada mStar Online.


Yatt bersama suami dan anak-anaknya.

Selain itu Yatt berkata, sepasang kasut “cari rezeki” turut menjadi kesayangannya kerana selesa digunakan untuk bekerja.

Biarpun sudah berusia lapan tahun tapi ia masih berada dalam kondisi yang baik dan boleh digunakan.

“Selain itu ada sepasang kasut yang saya anggap kasut cari rezeki kerana saya sering pakai untuk bekerja.

“Saya suka pakai kasut itu terutamanya untuk sesi fotografi. Kasut itu masih cantik dan boleh digunakan,” ujarnya.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 namun bercerai dengan talak satu pada 25 Ogos 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib, 7.

Dia kemudian berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 1, dan Suci Hayfaa Medina kini berusia lima bulan.

Yatt jual koleksi kasut milikinya.

Dalam pada itu, Yatt berkata, ramai yang menghubungi dan menghantar mesej peribadi untuk bertanyakan tentang kasut-kasut berkenaan selepas dia mengiklankan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *