Kecederaan paru-paru tercucuk, Saleem terus diletakkan dalam koma

Posted on

Saleem kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras.

PETALING JAYA: Penyanyi Saleem masih diletakkan dalam keadaan koma walaupun vokalis kumpulan Iklim itu sudah sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu.

Isteri Saleem, Julia Bachok memberitahu suaminya itu ditidurkan bagi membolehkan kecederaan pada paru-paru kanannya akibat tertusuk tulang rusuk pulih selain mengurangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung sekiranya dia berada dalam keadaan sedar.

“Sebetulnya Saleem sudah sedar sekejap semalam tetapi dia tidak dapat bergerak atau bercakap… Imbasan pada paru-paru yang dibuat doktor juga mendapati kecederaan dialaminya masih agak teruk jadi mereka mengambil keputusan untuk menidurkannya.

“Ini bagi membolehkan kecederaan itu pulih dan kalau Saleem berada dalam keadaan sedar mungkin dia terpkasa menanggung kesakitan jika bergerak kerana tulang rusuknya juga patah,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saleem cedera kemalangan, motosikalnya dilanggar kereta dari arah belakang


Saleem dan isteri, Julia Bachok. 

Ketika ini, Saleem masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang itu, motosikal ditunggang Saleem dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika penyanyi itu keluar membeli barang.

Kejadian itu berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras sebelum Saleem dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *