“Kecil punya hal… tak perlu kecam Janna” – Umie Aida

Posted on

Umie berpendapat terpulang kepada artis untuk meletakkan bayaran atas perkhidmatan yang dilakukan.

PELAKON Datin Seri Umie Aida berpendapat terpulang kepada selebriti jika mereka mahu menawarkan perkhidmatan ucapan ulang tahun kelahiran berbayar di laman sosial.

Dalam hal ini, Umie berkata tidak wajar artis dikecam dan ia terpulang kepada peminat untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

“Pendapat saya, Janna Nick atau artis berhak untuk letak harga servis ucapan birthday, terpulang kepada peminat kalau nak gunakan servis itu atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai Janna Nick buat duit, caj RM50 servis ucapan untuk peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick terus ‘diserang’ gara-gara servis ucapan RM50

Umie berkongsi pandangan di Instastory.

“Jadi tak perlu kut nak kecam tindakan Janna, semuanya tetap terpulang kepada peminat.

“Kalau mereka rasa berbaloi mereka bayar. Kecil punya hal, mahu serang-serangkah?,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *