Kecoh Justin Bieber, Hailey kahwin dalam diam

Posted on

Ada sumber mengatakan pasangan ini sudah berkahwin. Foto: E! News

PENYANYI Justin Bieber dikhabarkan telah berkahwin dengan tunangnya iaitu Hailey Baldwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Menerusi portal E! News, sumber terdekat pasangan muda ini mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Justin dan Hailey dikatakan membuat pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat di bandar tersebut.

“Mereka berkahwin tanpa dapat dihidu oleh sesiapa.

“Kedua-duanya kelihatan emosi ketika memasuki pejabat tersebut dan kelihatan Justin menangis kerana akhirnya Hailey menjadi isterinya yang sah,” kata sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *