“Kelakarnya… status putar belit, ungkit-ungkit tu hanya promo drama” – Zahirah

Posted on

Zahirah nafi status tuju untuk mana-mana individu selain promo drama berkenaan.

PELAKON Zahirah MacWilson menafikan status yang dimuat oleh dia pada Khamis ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya hanya berkaitan drama Jangan Benci Cintaku.

Zahirah, 23, yang dihubungi berkata, dia berasa tercuit hati apabila perkara itu disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga mencetuskan kontroversi sindir menyindir.

“Yerke (reaksi Zul), tak tahu pula.

“Kelakar juga dengarnya, apa yang saya cakap pasal twist dan ungkit-ungkit itu hanya untuk promo drama Jangan Benci Cintaku sahaja,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Putar belit cerita, berlagak, suka main cinta…! Zahirah sindir siapa?

Anak kepada pelakon Zainol MacWilson ini berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status di Instastory miliknya pada Khamis seolah-olah ditujukan kepada seseorang.

Nama Zahirah mendapat perhatian selepas membawa watak Feeqa dalam drama Jangan Benci Cintaku disiarkan di slot Akasia di TV3 setaip Isnin hingga Khamis.

Menerusi status berbaur sindiran itu memberitahu bahawa individu dimaksudkan itu putar belit cerita, berlagak jadi mangsa dan menyalahkan lain serta suka bermain cinta.

Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini i love you, sana i love you. Dia buat takpe.

“Kamu tahu siapa yang saya maksudkan,” tulisnya pada malam Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *