Kelly Azman! Suara ‘sumbang-mambang’ berani mati anggap klon Misha Omar

Posted on

Kelly Azman tampil dengan single baharu berjudul No No No.

MUNCUL dengan single baharu berjudul No No No, pengacara Kelly Azman mengakui tidak terkesan dengan tohmahan sesetengah pihak yang menganggap dia syok sendiri dan tidak berbakat.

Menurut Kelly, cakap-cakap kurang enak yang mempertikaikan mutu nyanyiannya bukan sahaja datang dari netizen, malah turut dilemparkan oleh rakan dalam industri hiburan sendiri.

Antara kata-kata dilemparkan suara Kelly ‘sumbang mambang’ dan ‘kelaut’. 

“Saya akui ramai yang cakap saya syok sendiri bila keluarkan lagu ini, tapi ini adalah diri saya yang sebenar.

“Saya tak peduli dengan segala kutukan kerana saya tahu saya berbakat. Saya juga bebas untuk berkarya,” ujar Kelly sewaktu dihubungi mStar Online.

Dia yang sentiasa energetik sewaktu mengemudi pentas sebagai pengacara majlis-majlis tertentu turut melihat dirinya persis penyanyi Misha Omar setiap kali membuat persembahan.

Cakap-cakap kurang enak mengenai Kelly bukan sahaja diperkatakan oleh netizen malah turut dilemparkan rakan dalam industri.

Tambah Kelly, dia tidak kisah sekiranya dianggap sebagai klon kepada pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu.

“Kadang-kadang bila saya menyanyi, gaya persembahan saya seakan-akan Misha Omar.

“Dia juga saya anggap sebagai idola, saya suka tengok dia menyanyi, gayanya sangat unik dan suaranya penuh gemersik,” ujarnya lagi.

Dalam kesibukan rangka promosi No No No, Kelly turut terpalit dengan dakwaan kononnya dia tidak menjelaskan bayaran penuh kepada Asfan Shah selaku produser lagu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *