‘Kembar’ kelu jumpa Syafiq Kyle

Posted on

Zulkhairi gementar jumpa Syafiq (kanan). Foto @Manisfm

PEMUDA yang dikatakan berwajah seiras pelakon sensasi Syafiq Kyle iaitu Zukhairi Zulkifli mengakui gementar apabila berhadapan dengan pelakon berkenaan.

Zukhairi berkata, pertemuan yang diaturkan oleh stesen radio Manis FM berpejabat di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu merupakan kenangan manis buat dirinya apabila berpeluang bertemu pelakon filem Langsuir tersebut.

“Pihak Manis FM jemput saya untuk datang ke konti berikutan Syafiq dan Hanna Delisha berada di sana untuk mempromosikan filem baru mereka.

“Perasaannya memang sangat gementar dan tidak tahu nak cakap macam mana, saya malu sangat masa tu,” ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai datang isi minyak & berkenalan” – Pemuda seiras Syafiq Kyle

Zulkhairi gementar jumpa Syafiq Kyle.

Dalam pada itu Zulkhairi menyifatkan pelakon berkenaan seorang yang baik dan ramah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *