“Kena sepak beramai-ramai di surau, tiada siapa tolong aku” – Ariz (Forteen)

Posted on

Ariz Lufias mendedahkan dia pernah mengalami masalah kemurungan dan gangguan pemakanan kerana menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah. Foto Instagram @arizlufias

PENYANYI Ariz (Forteen) mendedahkan pernah mengalami kemurungan akibat menjadi mangsa buli ketika berada di bangku sekolah.

Ariz atau kini dekenali sebagai Ariz Lufias memberitahu dia sering dibuli oleh rakan-rakan sekolah malah pernah dipukul beramai-ramai ketika berada di surau.

“Dulu aku selalu kena ejek si gemuk, si hodoh dan banyak lagilah panggilan yang tak enak untuk di dengar. Aku tak ramai kawan, kawan aku kebankannya berbangsa Cina dan India. Aku cuma ada seorang je kawan Melayu.

“Waktu dekat sekolah dulu aku selalu kena buli. Paling aku ingat sekali, aku pernah kena sepak beramai-ramai di surau dan takde siapa pun yang tolong aku.

Menerusi posting pada Sabtu itu, Ariz turut memuat naik sekeping foto ketika zaman kanak-kanaknya.

Ariz mendedahkan pernah dibuli rakan sekolah.

Tambah Ariz, keadaannya juga bertambah teruk apabila dia turut mengalami masalah gangguan pemakanan (eating disorder) kerana ingin kurus.

Ini kerana kata Ariz, dia tidak tahun apabila sering diejek berbadan gemuk dan nekad mahu menguruskan badan tanpa menyedari dia akhirnya mengalami masalah lain.

“Kesian kan? Aku depresi sampai ke tahap suicidal dan aku pernah ada eating disoder sebab ramai sangat orang kutuk aku gemuk,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *