Kenal di Phuket, Zul Ariffin layan wanita Ukraine macam orang lain

Posted on

Zul ada meninggalkan komen di foto Tanya Glombotska.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menafikan dakwaan kononnya dia bercuti di Phuket, Thailand bersama wanita yang berasal dari Ukraine pada Jun lalu.

Zul, 32, berkata dia mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.

Menurut Zul, wanita yang bernama Tanya Glembotska itu juga turut menyertai latihan yang sama.

“Tak ada la saya pergi bercuti. Saya pergi jalani sesi latihan la. Tak ada benda pun.

“Saya kenal dia dan kami berkawan. Saya kenal dia ketika di Phuket dan dia juga jalani sesi latihan yang sama,” kata Zul kepada mStar Online.


Foto yang dimuat naik wanita itu dengan tulisan nama Zul di jari manisnya.

Zul ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes [email protected], di sini pada malam Rabu.

Pelakon drama bersiri Titian Cinta ini diminta mengulas mengenai foto dia dan wanita tersebut didakwa bercuti bersama di Phuket.

Tambah Zul, dia sendiri tidak menjangka wanita itu akan melukis inai namanya di jari.

Malah, dia melayan wanita itu seperti orang lain dan tidak pernah memberi sebarang harapan.

“Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *