Kenapa perlu kutuk? Betis besar Janna Nick itulah bawa rezeki

Posted on

Kemunculan Janna Nick menerusi program hiburan Melodi Ahad lalu dikritik netizen. Foto Instagram @meloditv3 & @jannanick

PELAKON Janna Nick melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pihak mengutuk bahagian betis kakinya yang dikatakan kelihatan besar ketika mengacarakan program hiburan Melodi Ahad lalu.

Janna atau Nurul Jannah Muner berkata, dia tidak faham mengapa perkara itu dijadikan isu dan secara sinikal pelakon drama Dia itu memberitahu kerana betis yang besar itulah membawa rezeki kepadanya.

“Betis pun jadi isu, bukan nak jadi bini depa (mereka) pun. Betis besar inilah yang bagi kami makan tau.

“Betis pun korang kutuk, tak faham! Tak suka saya menyanyi, berlakon atau mengacara saya boleh perbaiki diri tapi kalau betis besar nak pergi mana? Buat pembedahan plastik?,” katanya di Instagram.

Janna memuat naik status dan video penjelasan di InstaStory miliknya.

Ini bukan kali pertama kemunculan pelakon berusia 23 tahun itu menerusi program itu dikritik kerana sebelum ini dia pernah dihentam kerana memakai seluar ketat selain pengacaraannya yang lemah.

Dalam pada itu, Janna berkata, dia sudah lali dengan kritikan netizen kerana ia bukan sesuatu yang baharu buat dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *