Kendall Jenner jadi mangsa buli siber gara-gara foto bogel

Posted on

Foto Kendall tanpa pakaian tersebar di internet. Foto: Metro UK

BINTANG sensasi Kendall Jenner menjadi perhatian pengikut di seluruh dunia apabila foto dia tanpa berpakaian dikatakan tersebar di internet.

Menerusi portal Metro UK, foto-foto hasil bidikan jurugambar Russel James itu merupakan projek terbaharu yang bakal ditampilkan dalam buku hasil karya Russel.

Bagaimanapun, gambar itu telah dicuri daripada simpanan Russel dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di internet.

Antara foto yang tersebar memperlihatkan Kendall Jenner berlari di pantai, memanjat pokok dan menunggang kuda dalam keadaan tanpa berpakaian.

Malah, ada juga aksi Kendall bergaya seksi di kawasan kolam renang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *