‘Kepulangan Dr M mungkin selamatkan Singapura’

Posted on

‘Kepulangan Dr M mungkin selamatkan Singapura’

Sekembali beliau ke Putrajaya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuang masa mengingatkan Singapura mengapa republik itu begitu lega menyaksikan beliau beredar pada tahun 2003, menurut satu artikel dalam Nikkei Asian Review.

“Hanya 74 hari menjadi perdana menteri buat kali kedua, Mahathir mempertikaikan projek kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura (HSR).

“Beliau mencadangkan bayaran lebih tinggi ke atas Singapura bagi bekalan air dari Malaysia. Beliau menuntut rundingan semula Perkongsian Trans-Pasifik, sebuah perjanjian perdagangan serantau yang merangkumi Singapura,” tulis William Pesek, wartawan yang berpangkalan di Tokyo.

Bagaimanapun, Pesek berkata mungkin ada hikmahnya kemunculan semula Dr Mahathir buat republik itu yang kini diterajui oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang memerlukan satu kejutan.

Beliau menegaskan bahawa data Bank Dunia kini menunjukkan Malaysia berada di landasan betul untuk mengemudi semula kedudukan teratas dalam KDNK berbanding Singapura.

“Saya akui, perbandingan sebegini mungkin cetek atau tidak tepat…

“Tetapi dua kaveat menambah drama untuk pertandingan antara Malaysia dan Singapura. Pada tahun 2015, Singapura, dengan penduduk 5.6 juta, bergembira apabila mereka mengatasi Malaysia, yang mempunyai 32 juta penduduk.

“Kejayaan itu menjadi kebanggaan negara berkenaan sehingga Lee Kuan Yew yang dianggap bapa pemodenan Singapura meniggal dunia. Selepas itu Malaysia dan Singapura tidak berkembang jauh dari segi pembangunan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *