Keputusan untuk keluarkan Hyuna & E'Dawn belum ditetapkan

Posted on

Peminat tidak setuju dengan tindakan Cube Entertainment mengeluarkan Hyuna dan E'Dawn daripada agensi pengurusan itu.

KEPUTUSAN untuk mengeluarkan penyanyi Hyuna dan E’Dawn daripada agensi pengurusan Cube Entertainment masih belum ditetapkan.

Menurut laporan Soompi, agensi tersebut berkemungkinan tidak akan lagi menguruskan karier kedua-dua artis itu.

Menerusi kenyataan rasmi agensi itu, Hyuna dan E’Dawn telah menghilang kepercayaan mereka dan keputusan dibuat setelah melakukan pertimbangan dengan teliti.

Bagaimanapun, pihak agensi akan membuat keputusan sepenuhnya selepas berbincang dengan pihak atasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *