Kes itu dah 3 tahun, Intan Najuwa akan beri kerjasama kepada polis

Posted on

Intan Najuwa akan memberi kerjasama sebagai saksi seperti diminta pihak polis. Foto Instagram @intannajuwa

PETALING JAYA: Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Kekasih Paksa Rela iaitu Intan Najuwa akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selepas namanya tersenarai sebagai saksi dikehendaki bagi prosiding berkaitan kes dadah.

Intan ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan namanya tersenarai sebagai orang dikehendaki polis kerana sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah di Shah Alam.

“Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Terdahulu, The Star melaporkan tiga saksi termasuk seorang aktres dikehendaki pihak polis.

Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam kenyataan media memaklumkan ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Shah Alam pada 8 hingga 10 Oktober ini.

Menjelaskan mengenai hal itu Intan berkata, dia tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah seperti disangka sebaliknya hanya diminta tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *