Khabar angin Ariana Grande bakal berkahwin 4 Ogos depan

Posted on

Ariana dan Pete mengambil keputusan untuk berdiam diri.

PENYANYI Ariana Grande dikhabarkan bakal berkahwin dengan tunangnya, Pete Davidson pada 4 Ogos depan.

Menurut laporan The Loop, pasangan itu memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu tanpa mengesahkan kenyataan tersebut.

Namun, peminat Ariana menganggap khabar angin itu seakan benar kerana pasangan itu sememangnya gemar membuat keputusan secara mendadak.

Sebelum ini, Ariana dan Pete telah mengikat tali pertunangan selepas hanya beberapa minggu perkenalan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *