Kim Ah Joong disiasat polis langgar penunggang motosikal

Posted on

Kim Ah Joong disiasat polis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang penunggan motosikal cedera.

PELAKON Kim Ah Joong disiasat polis selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera.

Allkpop melaporkan ketika kejadian pada 22 Julai lalu, Ah Joong gagal memberhentikan kenderaannya ketika lampus isyarat merah sebelum merempuh sebuah motosikal yang melintas.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital.

Balai Polis Gangnam di Seoul dalam satu kenyataan berkata, Ah Joong bukan memandu dibawah pengaruh alkohol dan atas dasar itu dia disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *