Kongsi gambar mesra, Fathia Latiff ‘kantoikan’ Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie

Posted on

Gambar ini dikongsi Fathia Latiff di Instagram miliknya yang menyaksikan imej seakan-akan Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie seperti di sebuah kelab malam.

PENYANYI remaja Ismail Izzani sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan aktres Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu pada awalnya dimuat naik oleh rakan baik Zarina, 32, iaitu Fathia Latiff di Instagramnya yang meminta penyanyi lagu Luar Biasa itu menghubungi pelakon drama Anak Pontianak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina An-Julie Sah Positif Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani Mohon Maaf Secara Terbuka 6 Kali Berlaku Curang

“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia pada bahagian kapsyen gambar itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan Fathia meminta penyanyi remaja itu menghubungi Zarina.

Ismail Izzani

Usaha mStar Online mendapatkan kenyataan Ismail,18,  juga tidak berhasil apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Sementarq itu, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *