Kontroversi peluk mencemarkan maruah, bukan gimik – Ismail Izzani

Posted on

Ismail menafikan kontroversi itu sebagai gimik untuk mempromosikan lagu baharunya. Foto @suriyabonma

PENYANYI Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.

Ismail menjelaskan isu panas tersebut tidak memberi sebarang kebaikan kepada kariernya malah ia hanya mencalarkan imej dan maruahnya sebagai penyanyi.

“Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar foto berpeluk, Ismail Izzani kesal dan mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Isu peluk Zarina bikin Ismail tak tenang, sukar tidur malam

“Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu!,” katanya kepada mStar Online.

Ismail diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mencipta kontroversi tersebut bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

Sebelum ini, penyanyi berusia 18 tahun ini menjadi bualan hangat netizen apabila aktres Fathia Latiff berkongsi foto di laman Instagram memperlihatkan Ismail seakan-akan sedang memeluk Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *