Kos CGI ‘Pulang’ telan belanja RM2 juta

Posted on

Gandingan pertama Remy dan Puteri Aishah.

KUALA LUMPUR: Filem epik lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah iaitu Pulang mempertaruhkan bajet yang besar iaitu lebih RM6 juta.

Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun, ia termasuk hasil kesan khas imej janaan komputer (CGI) yang dibuat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM2 juta.

“Kos keseluruhan untuk menghasilkan filem Pulang ini sebanyak lebih RM6 juta disebabkan penggunaan kesan khas CGI yang banyak.

“Pihak kami sangat teruja dan berbesar hati mendapat CGI yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada Finas  sebanyak RM2 juta.

Penggunaan CGI yang banyak dapat menarik penonton.

“Filem ini membawa lebih 500 pelakon tambahan dan ia juga merupakan filem Malaysia pertama yang mempamerkan sejarah kelasi di sini,” katanya kepada mStar Online.

Malam gala filem Pulang telah diadakan di GSC Pavillion, di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, pelakon Azrel Ismail memberitahu pemilihan barisan pelakon filem itu juga berdasarkan uji bakat yang dilakukan.

Sebelum menjalani penggambaran, mereka turut menghadiri kelas lakonan dari Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing.

Azrel Ismail melakonkan watak Omar ketika dewasa.

“Para pelakon filem Pulang terdahulu menghadiri sesi uji bakat sebelum ditawarkan untuk berlakon.

“Malah sebelum penggambaran, pelakon-pelakon ada menghadiri kelas lakonan dari Fatimah Abu Bakar selama dua bulan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *