Kugiran Masdo masih impi rakam lagu di London

Posted on

Kugiran Masdo masih mencari mana-mana pihak yang sudi menaja mereka untuk pergi ke London.

KUGIRAN Masdo masih mempunyai hasrat untuk meneruskan impian untuk merakam lagu di kota London.

Vokalis band baharu itu, Ali Sariah berkata ada pihak ingin menaja perjalanan mereka yang sepatutnya pada bulan Ogos depan namun telah menarik diri.

“Memang kami ada rancangan untuk merakam lagu di London dan sepatutnya kami pergi sana pada bulan Ogos nanti.

“Namun pihak yang ingin menaja kami itu telah menarik diri. Tapi kami tetap ingin teruskan rancangan itu,” kata Ali kepada mStar Online.


Kugiran Masdo tetap ingin teruskan hasrat merakam lagu di London.

Kugiran Masdo adalah band indie yang dianggotai Ali, Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (bass/vokal), dan Asmawi (gitar/vokal).

Tambah Ali, mereka masih mencari mana-mana pihak yang sudi untuk memberi tajaan bagi mengurangkan kos perjalanan dan perbelanjaan mereka.

“Sekarang ini kami masih lagi mencari penaja yang sudi membantu mengurangkan kos perbelanjaan.

“Kalau ikutkan lagu semuanya sudah ada dan perancangan itu pun sudah disusun. Cuma memang ada masalah dari segi penajaan sahaja,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *