Kurus, gemuk, hamil… jangan tanya Elizad soalan itu! Pantang!

Posted on

Siti Elizad

PELAKON Siti Elizad mengakui kurang senang apabila ditanya soalan-soalan berkaitan peribadinya terutama daripada individu tidak dikenali.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, soalan berkaitan kehamilan, kurus atau gemuk antara yang dianggap agak sensitif dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka.

“Ini berkaitan dengan adab bila kita datang di majlis tolong jangan tanya soalan itu, saya ada kepantangan dengan soalan begitu.

“Soalan begitu tidak tepat untuk ditanya dan ia bukan sesuatu yang kelakar. Kalau kawan rapat saya boleh terima,” ujarnya kepada mStar Online.

Siti Elizad akui sensitif soalan tentang peribadi.

Elizad mengulas tentang tindakannya yang berang apabila perutnya diusap dan ditanya tentang anak oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.

Tambahnya, dia memuat naik teguran di laman sosial Instagramnya bagi memberi peringatan kepada individu itu agar menyedari tentang perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Elizad berkata, dia juga manusia biasa yang tidak tahu bila akan diberi rezeki zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *