Kylie Jenner tak sabar nak tambah anak perempuan

Posted on

Kylie bersama anaknya, Stormi. Foto: E! News

BINTANG sensasi, Kylie Jenner berkata dia ingin menambah zuriat lagi setelah melahirkan cahaya mata sulung bernama Stormi Webster yang kini berusia lapan bulan.

Meskipun memiliki keinginan tersebut, Kylie, 21, memberitahu dia masih belum bersedia untuk mengandung.

“Ya, saya ingin anak lagi, tapi bila waktunya, bukan sekarang! Saya tak tahu bila nak tambah cahaya mata, apabila waktunya sudah sampai saya akan beritahu,” katanya.

“Saya dah ada fikir nama anak seterusnya, tapi saya belum jumpa lagi yang betul-betul sesuai.

“Sejujurnya, saya mahu anak perempuan lagi dan mahu beri nama yang lebih feminin,” kata teman wanita Travis Scoot ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *