Laudya belajar banyak perkara jadi isteri Engku Emran

Posted on

Setahun mendirikan rumahtangga dengan usahawan Engku Emran. Foto Instagram @laudyacynthiabella

SETAHUN mendirikan rumah tangga dengan usahawan dari Malaysia iaitu Engku Emran, pelakon Laudya Cynthia Bella berkata dia bahagia melayari kehidupan bekeluarga.

Menerusi laporan Hot Detik, Bella mengakui mempelajari banyak perkara dan harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

“Alhamdulillah, apabila sudah berkahwin kita perlu berkongsi banyak perkara dan kena selalu bertolak-ansur.

ARTIKEL BERKAITAN: Laudya Akhirnya Jadi Milik Engku Emran

“Apa-apa pun yang kita nak lakukan tidak boleh buat keputusan sendiri, memang banyaklah yang saya belajar,” katanya.

Ditanya mengenai sambutan ulang tahun pertama perkahwinan tersebut, Bella berkata tiada sebarang acara dianjurkan mereka, sekadar makan malam berdua sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *