Lebih bersemangat selepas kahwin kerana Fazura – Fattah Amin

Posted on

Selepas itu, Fattah dan Fazura sekali lagi bekerjasama menerusi telefilem Wanita Terindah.


Fattah sebagai duta SUV crossover kompak Toyota C-HR.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Isterimewa ini mendedahkan dia hampir berputus asa selepas menerima pelbagai kecaman pada awal kemunculannya dalam industri seni.

Bagaimanapun, Fattah bangkit semula dengan mengambil segala kritikan dan komen negatif satu cabaran untuk membuktikan dia mampu untuk buat yang lebih baik.

“Saya pernah rasa putus asa. Tapi apabila saya duduk dan fikir semula kenapa perlu saya rasa sebegitu kalau tak dari awal lagi saya patut berhenti.

“Tapi saya ambil semua komen negatif tu jadikan satu cabaran untuk buktikan yang saya boleh buat yang lebih baik.

“Sebenarnya semua yang negatif itu membuatkan saya berfikir ini adalah waktu untuk saya maju ke hadapan dan saya terus belajar sampai saya berada di mana saya berada sekarang,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin , Nur Fazura

Mstar