Lee Jong Hyun bakal jalani latihan tentera

Posted on

Lee Jong Hyun masih tidak tahu tarikh dan lokasi untuk dia mula jalani latihan tentera.

ANGGOTA kumpulan CNBLUE, Lee Jong Hyun sudah bersiap sedia untuk menjalani latihan tentera pada bulan Ogos ini.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusnya FNC Entertainment telah mengesahkan perkara tersebut dan masih belum ada tarikh serta lokasi.

“Lee Jong Hyun bakal menjalani latihan tentera pada bulan Ogos ini. Buat masa kini, belum ada tarikh dan lokasi di mana dia akan mulakan latihan tu,” katanya.

Menerusi laman Instagram Lee Jong Hyun turut memuat naik foto hadiah buah-buah daripada peminatnya.

“Saya terima banyak hadiah supaya saya selamat kembali dari latihan tentera. Saya akan makan semuanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *