Leonardo DiCaprio tak bayar hutang Ronan Keating

Posted on

Leonardo DiCaprio belum bayar wang yang dipinjam daripada penyanyi Ronan Keating.

VOKALIS kumpulan Boyzone, Ronan Keating mendakwa pelakon terkenal Hollywood Leonardo DiCaprio pernah meminjam wangnya sebanyak beberapa ratus dolar lima tahun lalu.

Ronan, 41, memberitahu Leonardo meminjam wang daripadanya ketika mereka sama-sama bermain daun terup di sebuah kelab di Sydney, Australia.

Bagaimanapun kata penyanyi When You Say Nothing At All itu, Leonardo, 43, masih belum membayar hutangnya itu sehingga kini.

“Saya meminjamkan beberapa ratus dolar kepadanya ketika itu dan saya masih ingat dia memenangi permainan itu namun tidak membayar kembali wang saya,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *