“Lepas ni saya buat filem lucah, mungkin itu rakyat Malaysia mahu” – Namron

Posted on

Namron kecewa sambutan hambar 'One Two Jaga'

PELAKON dan pengarah Namron kecewa dengan sambutan hambar terhadap filem arahannya One Two Jaga yang mula ditayangkan pada Khamis.

Namron berkata, sokongan yang ditunjukkan di media sosial untuk menonton filem berkenaan hanyalah sebuah kata-kata manis sahaja.

“Salam, kalau belek di media sosial banyak yang cakap sokong, sudah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi panggung kosong tiada orang.

“Baru saya sedar terpedaya dengan kata-kata manis. Takpa lepas ni saya buat filem porn (lucah) pula mungkun itu yang rakyat Malaysia mahu,” tulisnya pada Khamis.

Filem tersebut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail.

Status Namron pada Khamis.

Filem tersebut mengisahkan pendatang asing tanpa izin Indonesia dan Filipina, pergaduhan dan peras ugut perkara yang berlaku dan diceritakan orang disekelilingnya.

Dalam pada itu, Namron berkata, dia tidak mengharapkan pujian di laman sosial mahupun menang mana-mana anugerah.

Sebaliknya, mahu masyarakat datang ke panggung untuk menghargai sesebuah karya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *