Lima ahli LOONA terlibat kemalangan kereta, tiada yang cedera

Posted on

Anggota LOONA terlibat dalam kemalangan kereta namun tiada yang mengalami kecederaan.

BEBERAPA anggota kumpulan LOONA iaitu Heejin, Hyunjin, Yeojin, Choerry dan Olivia Hye telah terlibat dalam kemalangan kereta pada Ahad.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan mereka iaitu BlockBerry Creative memberitahu ahli yang terlibat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pagi ini (Ahad), kereta yang dipandu ahli LOONA, Heejin, Hyunjin, Yeojin, Choerry dan Olivia Hye terlibat dalam kemalangan.

“Bagaimanapun, tiada ahli kumpulan yang mengalami kecederaan. Menurut laporan perubatan doktor membenarkan mereka untuk teruskan promosi,” kata wakil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *