“Logiknya mana ada orang mandi pakai baju” – Hannah Delisha

Posted on

Hannah akur dengan kehendak watak yang memerlukan dia berkemban. Foto: IZZRAFIQ ALIAS

PERNAH menyuarakan kebimbangan bakal menerima kecaman gara-gara aksi berkemban dalam filem Langsuir, pelakon Hannah Delisha menjelaskan dia terpaksa akur dengan kehendak watak tersebut.

Menurut Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 21, dia sudah mengadakan perbincangan bersama pengarah, Osman Ali mengenai babak berkenaan supaya ia tidak menyinggung sensitiviti penonton.

“Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pengarah untuk babak berkemban semasa mandi dan ketika hampir menjadi mangsa rogol, jadi kita buat keputusan untuk menutup sedikit bahagian tubuh dengan kain.

“Memandangkan ketika itu babak sedang mandi, jadi memang kena berkemban dan kalau fikirkan secara logik tak ada orang mandi pakai baju. Wanita zaman dahulu pun mandi berkemban dengan kain!,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle jawab kononnya bermasam muka dengan Hannah Delisha

Hannah dan Syafiq merupakan teraju utama dalam filem Langsuir.

Hannah ditemui semasa tayangan perdana filem Langsuir yang diadakan di MM Cineplex, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bercakap mengenai watak Suri, Hannah berkata bagi menghidupkan karakter tersebut dia mendengar muzik klasik dan belajar bertutur dalam bahasa baku.

“Untuk mendapatkan mood dan mengekalkan karakter, saya dengar muzik daripada tiupan seruling dan gamelan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *